Home Semasa Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk pulihkan imej Tabung Haji

Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk pulihkan imej Tabung Haji

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 16 Jul – Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun hari ini menegaskan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat isu Tabung Haji (TH).

Beliau dalam satu kenyataan berkata, penubuhan RCI adalah wajar bagi merungkai beberapa persoalan akibat spekulasi yang diutarakan di kalangan rakyat.

“Menyedari bahawa kebanyakan Ahli-ahli Parlimen memohon diadakan siasatan termasuk Ketua Pembangkang sendiri, maka Kerajaan wajib menubuhkan dengan segera RCI,

“Ini adalah demi berkepentingan umat Islam, pendeposit serta integriti TH sebagai institusi pelaburan serta kewangan Islam,” kata Shahbudin.

Menurut beliau antara persoalan yang timbul adalah apakah benar kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa melakukan pelbagai tindakan drastik akibat kelemahan pengurusan TH semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Saya difahamkan dari sumber yang dipercayai  bahawa  lantikan peguam tidak mendapat kelulusan dari Lembaga Pengarah TH,

“Malah, Akaun Berkanun 2018/2019 tidak diaudit sehingga ke hari ini dan hasil audit tidak dibawa ke Parlimen sebagaimana kehendak undang-undang,” jelasnya.

Beliau menambah, penubuhan RCI juga dapat mengesahkan sama ada berlaku penjualan lambak di bawah harga pasaran terhadap ladang-ladang milik TH Plantation. Selain itu, siasatan juga dapat mendedahkan tujuan aset-aset TH dipindahkan ke syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jemaah Sdn. Bhd. (UJSB).

“Selain itu, RCI boleh merungkai sama ada bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah ‘Meluluskan Hak Perlucutan Pertama’ (First Right of Refusal) terhadap pembelian semula 18 aset hartanah TH yang telah dipindahkan ke UJSB,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply