Home Pertahanan dan Keselamatan China tiada hak untuk tuntut Beting Serupai dari Malaysia

China tiada hak untuk tuntut Beting Serupai dari Malaysia

by M.Daim

WASHINGTON, 16 Jul – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Michael R. Pompeo menegaskan China tidak mempunyai hak untuk menuntut Beting Serupai sebagai wilayah paling selatan negara itu.

Beting Serupai atau dikenali sebagai James Shoal merupakan fitur (muka bumi) perairan yang terletak kira-kira 50 batu nautika di luar perairan Sarawak.

“Undang-undang antarabangsa telah jelas menyatakan muka bumi tersebut tidak boleh dituntut oleh mana-mana negara kerana ianya tidak memenuhi ciri-ciri untuk membentuk zon maritim,

“Beting ini terletak 20 meter di bawah paras permukaan laut dan ianya tidak serta tidak pernah menjadi sebahagian daripada perairan China,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Pompeo turut menolak tuntutan Beijing di kawasan perairan Laut China Selatan seperti yang terdapat dalam tuntutan ‘9-Dash line’.

“Tuntutan China di kawasan perairan maritim adalah tidak sah dan tidak mematuhi undang-undang antarabangsa,

“Amerika Syarikat menolak tuntutan China di kawasan Vanguard Bank di Vietnam, Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) di Malaysia, perairan Zon Ekonomi Eksklusif Brunei dan Pualu Natuna Besar di Indonesia,

“Sebarang tindakan China untuk menganggu aktiviti perikanan dan cari gali petroleum di kawasan perairan ini sebagai satu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa,” tegasnya lagi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply