Home Pertahanan dan Keselamatan PKPP: Op Benteng dipertingkat, kekang kemasukan PATI di lorong tikus

PKPP: Op Benteng dipertingkat, kekang kemasukan PATI di lorong tikus

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 7 Jun – Kerajaan terus komited untuk memantau dan meningkatkan kawalan di sempadan negara terutamanya di lorong tikus.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Op Benteng yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) sentiasa mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak pandemik COVID-19 di negara.

“Dari 1 Mei sehingga semalam, seramai 396 PATI dan 108 tekong telah ditahan selepas cuba memasuki negara ini secara haram terutama lorong tikus,

“Turut ditahan 11 individu yang disyaki penyeludup dan menahan 13 buah kapal,

“Agensi penguatkuasa juga telah berjaya mengusir 140 PATI, 6 tekong serta 22 kapal yang cuba membolosi kawasan sempadan negara,” kata Ismail Sabri dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini

Beliau menjelaskan kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

“Kawalan di kawasan sempadan negara akan terus diperketatkan terutama di lorong tikus oleh agensi penguatkuasa,” jelasnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply