Home Politik Jugah kesal masalah dalam parti PH, ikrar sokong Muhyiddin

Jugah kesal masalah dalam parti PH, ikrar sokong Muhyiddin

by Nurulhuda

SARAWAK,6 Jun – Ahli Parlimen Lubuk Antu, Jugah anak Muyang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyatakan sokongan penuh kepada Perikatan Nasional (PN).

Jugah dalam kenyataan malam tadi berkata, keputusan itu dibuat kerana kesal dengan permasalahan di antara parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan sehingga mengakibatkan kerajaan gabungan pimpinannya tumbang.

“Dengan ini, saya mengumumkan untuk keluar dari PKR dan kekal menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong penuh Kerajaan PN serta kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di negeri Sarawak,”katanya.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap kerajaan PN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan GPS.

“Saya berikrar menyokong penuh kerajaan PN yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,

“Serta memberi sokongan terhadap kerajaan negeri Sarawak pimpinan GPS yang diketuai Datuk Abang Rahman Zohari Openg, Ketua Menteri Sarawak demi kesejahteraan dan pembangunan kepada rakyat di Lubuk Anto,” tambah Jugah.

Pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14), Jugah memenagi kerusi Parlimen Lubuk Antu sebagai calon Bebas.

Kemudian, Jugah serta penyokongnya telah menyertai PKR yang membentuk kerajaan PH. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply