Home Pertahanan dan Keselamatan Amerika Syarikat, Singapura laksana latihan ketenteraan bersama di Laut China Selatan

Amerika Syarikat, Singapura laksana latihan ketenteraan bersama di Laut China Selatan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) dan Tentera Laut Republik Singapura (Republic of Singapore Navy, RSN) telah melaksanakan latihan ketenteraan bilateral di perairan Laut China Selatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Armada ke-7 US Navy (7th Fleet), latihan dijalankan pada 24 hingga 25 Mei lalu dengan melibatkan kapal perang littoral (LCS) USS GABRIELLE GIFFORDS dan kapal stealth RSS STEADFAST.

“Latihan ini merupakan peluang keemasan kepada pihak untuk berlatih dan mempertingkatkan daya saling operasi,

“Selain itu, aspek komunikasi dan koordinasi bersama turut ditekankan dalam latihan ini,” kata 7th Fleet dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Latihan ini juga turut melibatkan penembakan senjata berat dan senjata ringan.

Kali terakhir Amerika Syarikat dan Singapura melaksanakan latihan bersama di laut adalah pada Oktober 2019 di Guam.

Tentera laut kedua-dua negara turut terlibat dalam pelbagai kerjasama seperti ASEAN-US Maritime Exercise (AUMX), Exercise Pacific Griffin, Southeast Asia Cooperation and Training (SEACAT), dan Exercise Rim of the Pacific (RIMPAC).

Selain itu, USN dan RSN turut melaksanakan pelbagai operasi bersama termasuk membanteras kegiatan lanun. – Airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply