Home Semasa COVID-19: 300 warga asing Taman Wilayah, Selayang jalani saringan kesihatan

COVID-19: 300 warga asing Taman Wilayah, Selayang jalani saringan kesihatan

by Nurulhuda

SELAYANG, 5 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini membuat ujian saringan COVID-19 terhadap kira-kira 300 warga asing yang menetap di sekitar Taman Wilayah, Selayang.

Langkah ini dibuat susulan peningkatan jumlah kes positif akibat COVID-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong Kuala Lumpur yang diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

Tinjauan AirTimes di dua kawasan berkenaan, mendapati ujian saringan telah bermula pada jam 10.30 pagi di Madrasah Al-Ikhlas, Taman Desa Bakti, Kuala Lumpur, Selayang.

Difahamkan, Taman Wilayah ini mempunyai 4 peringkat fasa iaitu fasa 1 hingga 4 dan fasa 3 telah dikesan mempunyai pekerja warga asing yang paling ramai iaitu seramai 200 orang.

Hampir 300 warga asing membuat saringan di Madrasah Al-Ikhlas, Taman Desa Bakti, Kuala Lumpur hari ini.

Hari ini, KKM yang melibatkan hampir 50 petugas berjaya membuat saringan terhadap 301 warga asing.

Ujian saringan ini turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memaklumkan semua pekerja warga asing disarankan untuk membuat saringan kesihatan COVID-19 iaitu ‘swab test’ untuk mencegah penularan wabak pandemik itu di negara ini memandangkan hampir kesemua sektor industri memulakan operasinya semalam.

Beliau berkata ujian saringan kesihatan tersebut meliputi semua sektor sama ada komersil, perkilangan, pembinaan termasuklah kedai makan dan sebagainya.

Related Articles

Leave a Reply