Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara COVID-19: Pesawat A400M laksana dua penerbangan bawa peralatan perubatan ke Sabah dan Sarawak

COVID-19: Pesawat A400M laksana dua penerbangan bawa peralatan perubatan ke Sabah dan Sarawak

by Air Times News Network

SUBANG, 11 Apr – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan 2 penerbangan Op Penawar dengan membawa keperluan peralatan perubatan dan kesihatan ke Sabah serta Sarawak.

Kesemua peralatan yang dihantar adalah untuk kegunaan petugas barisan hadapan bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, operasi penerbangan itu melibatkan pesawat pengangkut A400M dari No 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

“Pesawat telah membawa lebih 2.9 juta keping topeng muka, 44 unit kotak perlindungan (aerosol box), spesimen klinikal tambahan kepada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta keperluan peralatan Personal Protective Equipment (PPE),

“Penerbangan pertama telah diterbangkan oleh Kapten Mohd Hafiz Mat Yusof TUDM, bersama pembantu juruterbang, Kapten Muhd Izwan Noor Azman TUDM serta 3 anak kapal, “ kata kenyataan itu.

Penerbangan yang pertama telah berlepas dari PU Subang pada jam 8.15 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 11.00 pagi dengan membawa membawa lebih 2.9 juta keping topeng muka daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Topeng muka yang dihantar kemudiannya telah diterima oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah.

Selain itu, TUDM juga melaksanakan satu lagi penerbangan dalam pada hari yang sama dan membawa 2,718,500 keping face mask daripada NADMA untuk negeri Sarawak.

Penerbangan kedua pula berlepas jam 10.51 pagi yang diterbangkan oleh Kapten Mohd Fitrie Idham Kamaruddin TUDM, dibantu pembantu juruterbang, Kapten Mohd Amir Shahrin TUDM dan 5 anak kapal.

“Pesawat ini membawa 44 unit kotak perlindungan (aerosol box) sumbangan Persatuan Bekas Putera (Old Putera Association (OPA)) untuk Jabatan Kesihatan Sabah dan spesimen klinikal tambahan untuk fasiliti KKM. Pesawat ini melaksanakan penerbangan ke Kota Kinabalu dan Kuching bagi penghantaran barang-barang tersebut,

“Spesimen klinikal tambahan KKM terdiri daripada bekalan peralatan makmal, farmasi, PPE dan peralatan perubatan kritikal untuk disalurkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Sarawak. Peralatan perubatan tersebut adalah dari KKM, Malaysia Relief Agency (MRA) dan NADMA,

“TUDM akan memberikan bantuan dan sokongan penuh kepada kerajaan serta agensi-agensi lain dalam usaha menangani penularan wabak bahaya ini demi kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan itu lagi.

Related Articles

Leave a Reply