Home Semasa Jumlah kematian COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 3 kes

Jumlah kematian COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 3 kes

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan kematian ketiga akibat wabak COVID-19 di Tawau, Sabah.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu kematian COVID-19 pada jam 6.27 petang hari ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan di akaun media sosial rasminya.

Menurut beliau, mangsa merupakan pesakit berusia 58 tahun dan merupakan kes ke-152 wabak itu di negara ini.

“Pesakit merupakan daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom,

“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama,

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang,” jelas Noor Hisham.

Related Articles

Leave a Reply