Home Politik Peja dilantik semula jadi Menteri Besar Perak

Peja dilantik semula jadi Menteri Besar Perak

by Air Times News Network

IPOH, 13 Mac- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik semula menjadi Menteri Besar Perak yang ke-13.

Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Kolonel (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor dalam satu kenyataan berkata, Sultan Nazrin Muizzudin Shah perkenan untuk melantik Ahmad Faizal setelah mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri.

“Berpandukan Perkara XVI, Fasal 2 (a), Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan,

“Baginda menetapkan 13 Mac 2020, jam 3.30 petang untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah, Perak,” kata kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply