Home Semasa COVID-19: Solat Jumaat di Perlis diganti kepada Zohor di rumah

COVID-19: Solat Jumaat di Perlis diganti kepada Zohor di rumah

by Air Times News Network

KANGAR, 13 Mac – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memaklumkan solat Jumaat di seluruh negeri itu digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing susulan penularan wabak COVID-19.

MAIPs dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

“Setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkembangan COVID-19, serta menerima panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Perlis,

“Bagi menjunjung titah perintah dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, dengan ini memutuskan agar solat Jumaat di seluruh Perlis pada 13 Mac 2020 digantikan dengan solat zohor di rumah masing-masing,

“Hal ini adalah rentetan perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan KKM. Justeru, pihak kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar, termasuk aktiviti agama, hendaklah dielakkan,” kata kenyataan itu.

Selain itu, MAIPs meminta pengurusan masjid-masjid di seluruh negeri Perlis supaya mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam yang berskala besar buat masa ini.

“Maka dinasihatkan agar individu muslim sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply