Home Semasa Malaysia catat 28 kes jangkitan baharu wabak COVID-19

Malaysia catat 28 kes jangkitan baharu wabak COVID-19

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Ketua Pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan sebanyak 28 kes terbaharu jangkitan wabak Koronavirus (COVID)-19 telah dilaporkan di negara ini.

Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata, angka tersebut adalah berdasarkan rekod kes yang dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 83 kes. Kes-kes positif ini adalah dalam kalangan Patient-UnderInvestigation (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat, dan Misi Bantuan Kemanusiaan,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan.

Menurut beliau, jumlah kumulatif kes adalah melibatkan 65 orang warganegara Malaysia, 15 warganegara China dan 3 orang dari lain-lain warganegara, iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali.

Sementara itu, Noor Hisham turut mengesahkan pesakit kes ke-24 yang disahkan menghidap jangkitan COVID-19 telah pulih dan dibenarkan keluar dari wad Hospital Kuala Lumpur.

“Kes ini telah berjaya dirawat, semua kontak rapat bagi kes ini telah berjaya dikesan dan penularan COVID-19 bagi kluster in telah berjaya dibendung,

“Ini menjadikan 23 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad,” jelasnya lagi.

 

Related Articles

1 comment

Leave a Reply