Home Semasa Tiada kes COVID-19 di Jasin – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Tiada kes COVID-19 di Jasin – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

by Nurulhuda

MELAKA, 5 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka hari ini menafikan berita tular yang telah disebarkan melalui aplikasi Whatsapp berkaitan kes positif Coronavirus (COVID-19) di daerah Jasin.

Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata, berita tersebut adalah tidak benar kerana sehingga kini tiada kes positif COVID-19 yang dilaporkan di negeri Melaka.

“Jabatan Kesihatan meminta semua lapisan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak benar yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat,

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik seperti kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan ‘hand sanitiser’, mengamalkan etika batuk yang betul dan mengelakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Ismail menambah orang ramai boleh mendapatkan sebarang pertanyaan dari Hotline Crisis Preparedness And Response Center (CPRC) Kebangsaan.

 

Related Articles

Leave a Reply