1.8K
KUALA LUMPUR, 2 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pecah amanah dana Yayasan Akal Budi melibatkan beliau tetap diteruskan.
“Saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes,
“Saya mahu mahkamah menentukan keputusan walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan terpilih,” tegas Zahid dalam satu kenyataan.
Beliau turut menegaskan perbicaraan kes tersebut hanya ditangguhkan untuk hari ini dan akan disambung esok.