Home Politik Ketua Menteri sila letak jawatan – TYT Melaka

Ketua Menteri sila letak jawatan – TYT Melaka

by M.Daim

MELAKA, 2 Mac – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob hari ini menolak cadangan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, pihak TYT turut menyarankan Ketua Menteri Melaka untuk meletak jawatan.

“Di atas budi bicaranya, TYT Melaka telah tidak mempersetujui permohonan Ketua Menteri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri,

“Oleh yang demikian, berdasarkan Perkara 7 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka perlu meletakkan jawatan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri,” jelas Datuk Seri Hasim Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Menurutnya, pihak TYT telah mendapat representasi daripada sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menolak kepimpinan Adly.

“Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN Melaka,” kata kenyataan itu.

Kenyataan yang sama turut memaklumkan TYT akan melantik Ketua Menteri Melaka yang baharu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply