Home Semasa Lapangan terbang Canberra ditutup akibat kebakaran semak

Lapangan terbang Canberra ditutup akibat kebakaran semak

by M.Daim

CANBERRA, 23 JAN – Lapangan Terbang Antarabangsa Canberra telah ditutup pada hari ini berikutan 3 kebakaran semak yang berlaku di kawasan berhampiran.

Agensi Perkhidmatan Kecemasan Wilayah Ibu Negara Australia (Australian Capital Territory Emergency Services Agency, ACT ESA) telah mengumumkan penutupan lapangan terbang itu pada pukul 9.41 pagi waktu Malaysia (12.41 tengah hari waktu Australia Timur).

Penutupan dibuat berikutan kebakaran semak di Beard, Oaks Estate dan West Queanbeyan berada di luar kawalan.

“Lapangan Terbang Canberra ditutup berikutan keadaan semasa kebakaran. Tiada sebarang operasi penerbangan dibenarkan,” kata ACT ESA.

Pada masa yang sama, ACT ESA turut

“Api sedang marak menuju ke Beard, Oaks Estate dan Crestwood (Queanbeyan). Penduduk di kawasan pinggiran kota berada dalam bahaya dan dikehendaki untuk mencari perlindungan,” kata ACT ESA dalam notis yang dikeluarkan.

 

Related Articles

Leave a Reply