Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 5,000 pengunjung meriahkan Pameran Tentera Darat

5,000 pengunjung meriahkan Pameran Tentera Darat

by Air Times News Network

SEMPORNA, 23 Jan – Seramai 5,000 pengunjung hadir ke pameran aset serta Promosi Tentera Darat Malaysia (TDM) di perkarangan Dewan Masyarakat Semporna.

Aktiviti yang diadakan selama 2 hari semenjak 21 Januari lalu, diadakan bersempena jelajah Konvoi Kumpulan Tempur TDM.

Selain pameran dan promosi kerjaya, TDM turut melaksanakan beberapa projek jiwa murni seperti gotong royong, baiki sekolah, masjid dan rumah penduduk.

Projek jiwa murni ini telah dilaksanakan oleh pasukan Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 RAJD).

Jelajah Konvoi Kumpulan Tempur ini dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Tentera Darat ke-87. Tujuan utama jelajah ini diadakan adalah untuk mempamerkan ketumbukan TDM di Sabah.

Sesuai dengan tema hari TDM “Tentera Darat Bersama Rakyat Sedia Sebilang Masa”, aktiviti jelajah ini turut merapatkan hubungan antara tentera dan rakyat.

Menurut kenyataan oleh TDM, konvoi Kumpulan Tempur TDM ini akan berada di Lahad Datu pada 26 hingga 28 Jan 2020.

Majlis ringkas pelepasan konvoi tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Hj Hasbullah Datuk Hj Raudah, Ketua Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Sabah dengan menyerahkan cokmar konvoi kepada Brigedier Jeneral Abd Razak Hussain, Panglima Briged ke-13 Infantri Malaysia yang kemudiannya menyerahkan kepada Ketua Konvoi, Mejar Muhammad Thaib Kamarul Bahrin di perkarangan tapak pameran aset dan promosi TDM di Dewan Masyarakat Semporna.

 

 

Related Articles

1 comment

10 ribu pengunjung gempur Tentera Darat Malaysia di Lahad Datu – Air Times News Network 28 January 2020 - 5:48 pm

[…] Artikel berkaitan:5,000 pengunjung meriahkan Pameran Tentera Darat […]

Reply

Leave a Reply