Home Semasa Kes culik Tambisan: Tentera Malaysia gagal penuhi pakatan rondaan bersama Laut Sulu

Kes culik Tambisan: Tentera Malaysia gagal penuhi pakatan rondaan bersama Laut Sulu

by M.Daim

JAKARTA, 22 JAN – Anggota KOMISI I Suruhanjaya Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI), Dr H Sukamta mendakwa kejadian penculikan 5 orang nelayan warga Indonesia memberi petanda kegagalan pihak tentera Malaysia untuk memenuhi rondaan tiga negara (Trilateral Maritime Patrol).

“Di perairan yang luas itu, tentera Malaysia, Indonesia dan Filipina bersepakat untuk melaksanakan rondaan bersama,

“Namun, terdapat tanda bahawa tentera Malaysia tidak melakukan rondaan yang mencukupi di perairan itu,” kata Sukamta yang dipetik oleh Kompas.

Menurut beliau, kejadian penculikan pada 16 Januari lalu berlaku di kawasan rondaan oleh tentera Malaysia. Sukamta menggesa semua negara yang terlibat dalam TMP untuk memenuhi komitmen mereka untuk menjaga perairan tersebut.

“Isu keselamatan ini perlu ditangani secara komprehensif. Semua pihak perlu penuhi komitmen mereka dalam TMP,” ujarnya.

KOMISI I DPR RI bertanggungjawab dalam menyelaraskan isu pertahanan, diplomatik, komunikasi dan perisikan.

Pada 16 Januari lalu, seramai 5 orang nelayan warga Indonesia dilaporkan telah diculik oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Related Articles

1 comment

Pasukan tentera dikritik negara jiran, mana Menteri Pertahanan? – Hishamuddin – Air Times News Network 24 January 2020 - 12:52 pm

[…] Artikel berkaitan: Kes culik Tambisan: Tentera Malaysia gagal penuhi pakatan rondaan bersama Laut Sulu […]

Reply

Leave a Reply