Home Semasa SPRM dedah rakaman suara konspirasi berprofil tinggi

SPRM dedah rakaman suara konspirasi berprofil tinggi

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 8 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan 9 set rakaman audio perbualan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama beberapa individu berprofil tinggi yang disifatkan sebagai kebocoran maklumat oleh SPRM.

Pendedahan tersebut di buat pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, hari ini.

Latheefa berkata, 9 klip audio itu adalah berkaitan dengan perbualan yang melibatkan Najib Razak bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Ketua SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

Turut didedahkan ialah perbualan antara Najib dan seorang tokoh ternama dari Emiriah Arab Bersatu berhubung tuntuan saman sivil dan pelucuthak oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat serta dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disalurkan kepada anak tiri Najib iaitu Riza Aziz.

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata pihaknya menerima rakaman sulit berkenaan selepas tahun baru, dan selepas dibuat siasatan forensik, mendapati bahawa rakaman tersebut adalah sahih dan tidak disunting.

“Kami telah diberikan rakaman itu … itu selaras dengan penyiasatan, kami dapat mengesahkan kesahihan mutlak rakaman berkenaan. Kesemua rakaman percakapan tersebut berlaku pada 2016,”  jelas Latheefa.

Ditanya mengapa pendedahan itu dibuat sekarang meskipun membabitkan perbualan telefon empat tahun lalu, Latheefa berkata, ia adalah kerana mereka baharu sahaja menerimanya pada awal bulan ini.

Beliau berkata kesemua rakaman tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut.

Kandungannya mengejutkan, ia adalah untuk menyembunyikan dan subversif  keadilan …. Demi kepentingan awam, kami mendedahkan kepada umum kandungannya,” katanya selepas memperdengarkan 9 set klip audio berdurasi kira-kira 45 minit itu.

“Perkara ini kita lihat sangat serius dan perlu disiasat, jadi saya sudah mengarahkan pegawai (SPRM) untuk menyerahkan semua rakaman suara kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” tambahnya.

Related Articles

Leave a Reply