Home Semasa Perkhidmatan Twitter pulih selepas 7 jam tergendala

Perkhidmatan Twitter pulih selepas 7 jam tergendala

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Jutaan pengguna Twitter di seluruh dunia terjejas akibat gangguan perkhidmatan platform media sosial itu selama 7 jam, hari ini.

Menurut laman web pemantauan masalah perkhidmatan talian, Outage.Report, lebih 4,000 laporan gangguan diterima dari para pengguna di rantau Amerika, Asia dan Eropah. Turut terjejas adalah perkhidmatan Tweetdeck.

Akaun rasmi pihak Twitter mengesahkan kejadian tersebut dan menyatakan perkhidmatan mula pulih sediakala secara berperingkat mulai pukul 7.20 petang waktu Malaysia. Walaupun begitu, pihak Twitter enggan mendedahkan punca sebenar kejadian.

Gangguan perkhidmatan Twitter telah menyebabkan para pengguna hanya mampu untuk menghantar ciapan berbentuk teks sahaja. Perkongsian pautan laman web dan media seperti foto serta video tidak dapat dilakukan akibat gangguan perkhidmatan tersebut.

Pada Julai lalu, perkhidmatan Twitter terjejas sepenuhnya selama sejam berpunca dari perubahan konfigurasi sistem.

 

Related Articles

Leave a Reply