Home Semasa Hina ATM: Pahlawan Patriotik gesa PDRM bertindak segera

Hina ATM: Pahlawan Patriotik gesa PDRM bertindak segera

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Tindakan ahli perniagaan, Koon Yew Yin yang mengeluarkan kenyataan memperlekehkan pengorbanan anggota tentera di negara ini perlu disiasat segera dan diambil tindakan tegas oleh kerajaan, kata Presiden Pertubuhan Pahlawan Patriotik Rakyat Malaysia (Pahlawan Patriotik), Husnal Az Hari Sanusi.

Husnal menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar menjalankan siasatan secara terperinci terhadap penulis tersebut yang boleh menjejaskan keamanan negara.

“Kenyataan Yew Yin yang melabelkan anggota tentera sebagai pemalas dan hanya ‘kerja makan tidur’ turut dilihat sebagai penderhakaan terhadap negara dan  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Ketua Pemerintah Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

“Kenyataan tersebut juga dilihat mencabar kewibawaan, professionalisma ATM dan boleh mewujudkan kebencian rakyat terhadap ATM,

“Fitnah ini berunsur jahat dengan membuat hasutan terancang untuk memburuk-burukan dan mencemarkan nama baik ATM selaku benteng utama pertahanan negara,” kata Husnal selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada Rabu.

Husnal turut berkata, kenyataan Yew Yin itu turut dilihat boleh mempengaruhi pemikiran rakyat dan seterusnya pemikiran ahli politik negara untuk melemahkan pertahanan negara secara langsung.

Minggu lalu, kenyataan dikeluarkan Yew Yin melalui satu laman portal menjadi tular kerana disifatkan menghina ATM.

Ahli perniagaan itu disebut berkata, anggota tentera seperti yang diketahui hanya makan dan tidur, majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran dan sepatutnya mereka digunakan bagi mengganti pekerja asing yang diupah di ladang Felda.

Namun, pada 14 Ogos lepas,  Koon Yew Yin telah membuat kenyataan permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik kenyataan yang dibuat dalam laman blognya. Pada 19 Ogos pula, Koon Yew Yin telah memberi keterangan di Balai Polis Jelapang, Ipoh berhubung kenyataan tersebut.

Artikel berkaitan : Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik kerja ladang FELDA – Ahli Perniagaan

Artikel berkaitan: Koon Yew Yin hina Angkatan Tentera Malaysia, menderhaka kepada Agong

Artikel berkaitan : Hina ATM: Koon Yew Yin beri keterangan kepada polis

 

 

Related Articles

Leave a Reply