Home SemasaGlobal Cuba serang masjid, dapat lebam di mata dari bekas tentera

Cuba serang masjid, dapat lebam di mata dari bekas tentera

by M.Daim

OSLO, 13 Ogos – Penyerang masjid di Pusat Islam al-Noor di Norway telah direman selama 4 minggu oleh pihak mahkamah di negara Scandanavia itu, semalam.

Perintah reman yang dikeluarkan oleh mahkamah di Oslo ada bagi membantu pihak polis Norway untuk melakukan siasatan terhadap saspek berusia 21 tahun, Philip Manshaus.

Menurut laporan media Norway, saspek disiasat atas tuduhan membunuh dan melanggar undang-undang keganasan. Kecederaan di bahagian muka dan leher serta lebam dikedua-dua belah mata saspek dipercayai berpunca pergelutan antara saspek dan jemaah masjid.

Menurut Reuters, tindakan penyerang telah digagalkan oleh Mohammad Rafiq, seorang jemaah masjid berusia 65 tahun. Sebelum ini, laporan awal menyatakan beliau berusia 75 tahun.

Mohammad Rafiq, 65 tahun, merupakan bekas pegawai Tentera Udara Pakistan yang berjaya menghalang serangan keganasan dalam masjid di Oslo, Norway.

Rafiq yang merupakan bekas anggota Tentera Udara Pakistan bertindak menerpa ke arah penyerang sebelum dibantu dua orang jemaah yang lain untuk menghalang serangan dari terus berlaku. Beliau dilaporkan cedera ringan dalam kejadian tersebut.

Beberapa jam selepas kejadian serangan, pihak polis bertindak menyerbu rumah Manhaus yang terletak berhampiran kawasan masjid dan menemui mayat seorang remaja perempuan dalam rumah tersebut. Mayat yang ditemui kemudiannya telah dikenalpasti sebagai adik perempuan tiri saspek yang berusia 17 tahun.

Sementara itu, pihak polis Norway menyatakan siasatan masih lagi diperingkat awal dan mengambil masa berbulan. Saspek turut dilaporkan enggan berkerjasama dengan pihak polis sebelum dikenakan perintah reman.

Di bawah undang-undang anti keganasan Norway, seorang pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara selama 21 tahun.

Related Articles

Leave a Reply