Home Pertahanan dan Keselamatan Menyamar nelayan tempatan, Maritim Malaysia tahan dua warga asing

Menyamar nelayan tempatan, Maritim Malaysia tahan dua warga asing

by Nurulhuda

GEORGETOWN, 19 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan dua warga Thailand yang bekerja di ats bot nelayan tempatan Kelas A kira-kira 1.5 batu nautika dari barat Kuala Muda, Pulau Pinang pada Jam 11 kemarin.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, ketika operasi rondaan dilakukan di kawasan terbabit,  Maritim Malaysia telah melakukan pemeriksaan dan mendapati dua warga Thailand berumur 30 tahun tidak mempunyai permit yang sah untuk bekerja di atas bot tersebut.

Hamizan berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu pemilik bot tidak usaha sendiri.

“Mereka juga akan disaasat dibawah Akta Imigresen 1963 kerana tekong dan awak-awak tidak mempunyai kebenaran bekerja di Perairan Malaysia.

“Bot berkenaan beserta tekong dan seorang awak-awak diiringi ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut,” kata Hamizan dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply