Home Semasa 2 letupan baharu, perintah berkurung berkuatkuasa di Sri Lanka

2 letupan baharu, perintah berkurung berkuatkuasa di Sri Lanka

by M.Daim

COLOMBO, 21 April – Kerajaan Sri Lanka menguatkuasakan perintah berkurung bermula hari ini mulai 6 petang sehingga 6 pagi.

Langkah tersebut dibuat selepas 2 letupan baharu menggegarkan negara pulau itu. Letupan ke-7 berlaku di sebuah hotel di Colombo sementera letupan ke-8 berlaku di Terdahulu, kira-kira 185 orang dilaporkan maut manakala 500 lagi cedera akibat 6 serangan bom yang berlaku di beberapa buah hotel dan gereja.

Setakat ini, 6 letupan bom disahkan berlaku di Colombo, satu di Negombo dan satu di Batticaloa.

Selain daripada perintah berkurung, kerajaan Sri Lanka turut menggenakan sekatan akses sistem pesanan ringkas dan media sosial, lapor agensi AFP.

Related Articles

Leave a Reply