Home SemasaGlobal Insiden Sri Lanka : Bom kesembilan berjaya dimatikan

Insiden Sri Lanka : Bom kesembilan berjaya dimatikan

by Noor Sheila Amin

COLOMBO, 22 Apr – Sebuah bom paip diubah suai (IED) ditemui hampir dengan lapangan terbang utama Sri Lanka di sini berjaya dimatikan oleh tentera udara negara itu, kata polis.

Menurut sumber polis yang melaporkan, sebuah bom paip buatan yang ditemui lewat semalam di  jalan menuju ke terminal utama, yang masih dibuka dengan kawalan ketat selepas serangan dahsyat ke atas gereja dan hotel di negara itu.

Jurucakap tentera udara, Kapten Kumpulan Gihan Seneviratne berkata, IED itu dipercayai buatan tempatan.

Sekurang-kurangnya 13 orang ditahan dalam kaitan dengan serangan, ketika pihak berkuasa meneruskan pemburuan pihak bertanggungjawab atas pembunuhan terbabit.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab dalam serangan membabitkan lapan letupan bom seluruh negara lapor berita AFP.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?