Home Semasa Isu Hotel: Najib lama hidup ‘dalam kayangan’, tak paham proses jual beli

Isu Hotel: Najib lama hidup ‘dalam kayangan’, tak paham proses jual beli

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Setiausaha akhbar kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Amin Shah Iskandar hari ini menyatakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa masih tidak memahami mengenai pengumuman Boustead kepada bursa Malaysia berhubung isu penjualan Hotel Royale Chulan walaupun penjelasan telah diberikan.

Menurut Amin Shah Iskandar, hal ini mungkin disebabkan Najib yang terlalu lama hidup “dalam kayangan” sehingga tidak mengetahui bahawa membayar deposit bukan bermakna sesuatu urusan jual beli itu selesai.

“Bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak masih lagi bising mengenai isu penjualan Hotel Royal Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings walaupun penjelasan demi penjelasan sudah diberikan.

“Najib yang sedang berdepan dengan pelbagai tuduhan rasuah semasa menjadi perdana menteri dan menteri kewangan itu berhujah “deposit” sudah pun dibayar oleh syarikat milik Singapura itu.

“Wang deposit masih boleh dikembalikan sekiranya sesuatu urusniaga itu tidak jadi atau terbatal, kata Amin dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, Amin berharap Najib yang juga bekas menteri kewangan yang berhadapan 42 pertuduhan di mahkamah dapat menginsafi kesalahan yang telah beliau lakukan.

“Kami bersimpati dengan nasib dan masa depan Najib yang berdepan dengan 42 pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa sepanjang menjadi perdana menteri dan menteri kewangan dan diharapkan beliau akan menginsafi segala kesalahan yang dilakukan,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Najib mendakwa Boustead sudah membuat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia dan mengesahkan ia sudah menandatangani surat setuju terima daripada syarikat Singapura dengan wang deposit RM3.94 juta atau dua peratus sudah diterima syarikat itu.

“Saya tidak mahu menuduh menteri pertahanan menipu namun jika pemimpin itu bukan penipu maka Boustead sudah melakukan kesalahan undang-undang kerana membuat pengumuman palsu kepada Bursa Malaysia.

“Tetapi, jika Mat Sabu (Mohamad) bukan penipu maka Boustead sudah melakukan kesalahan undang-undang kerana telah membuat pengumuman palsu kepada Bursa Malaysia, tulis Najib dalam hantaran di Facebooknya.

Najib mendakwa Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat LTAT, Boustead Holdings telah dijual pada harga RM 197 juta selepas menerima tawaran daripada Hotel Royal Limited iaitu sebuah firma dari Singapura.

Related Articles

Leave a Reply