Home Pertahanan dan Keselamatan Lawatan Ulung Perdana Menteri ke Kementerian Pertahanan Malaysia

Lawatan Ulung Perdana Menteri ke Kementerian Pertahanan Malaysia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan lawatan ulung beliau ke Kementerian Pertahanan Malaysia pada hari ini.

Kehadiran beliau ke Kementerian Pertahanan Malaysia adalah atas jemputan Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad bin Sabu. Ketibaan beliau turut disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Halimi Manaf; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

Dalam lawatan ini, Menteri Pertahanan telah memberikan taklimat kepada Perdana Menteri mengenai fokus utama Kementerian Pertahanan Malaysia pada tahun 2019. Antara perkara yang dijadikan fokus ialah Kertas Putih Pertahanan, Kebajikan anggota tentera, kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Veteran ATM.

Selain taklimat, Perdana Menteri turut meluangkan masa bersama dengan 600 orang warga awam dan tentera Kementerian Pertahanan dalam satu sesi dialog dan ramah mesra.

 

Related Articles

Leave a Reply