JOHOR BAHRU, 8 Jan – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Khamis ini.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Sultan Johor berkenan untuk menerima Mahathir menghadap dan ini merupakan yang pertama kali sejak menjadi Perdana Menteri selepas PRU14.
Portal itu yang memetik sumber berkata, pertemuan itu antara Sultan Johor akan turut disertai isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
“Sememangnya ada dalam jadual Sultan Ibrahim akan bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad di istana pada Khamis ini,” kata laporan itu.
Namun agenda pertemuan itu tidak dapat dipastikan tetapi difahamkan akan turut membincangkan mengenai isu peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.