Home Semasa Kes Adib diklasifikasikan sebagai kes bunuh – PDRM

Kes Adib diklasifikasikan sebagai kes bunuh – PDRM

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Pihak Polis Diraja Malaysia menyatakan kes kecederaan yang melibatkan seorang anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Ab Rashid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 11 malam semalam.

“Kes cuba bunuh dibawah Seksyen 307 kanun Keseksaan ekoran kecederaan yang dialami oleh anggota bomba di Seafield, Subang Jaya pada 26 November lalu diklasifikasi semula di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” kata Ab Rashid dalam kenyataan tersebut.

Muhammad Adib, 24 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas hampir tiga minggu terlantar di hospital. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Insititu Jantung Negara kira-kira pada pukul 9.40 malam semalam.

Allahyarham cedera parah diserang perusuh ketika cuba memadamkan kebakaran dalam satu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Subang Jaya pada akhir November lalu.

Related Articles

Leave a Reply