Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ahli Parlimen Tanah Merah umum keluar UMNO – Air Times News Network
Home PolitikBarisan Nasional Ahli Parlimen Tanah Merah umum keluar UMNO

Ahli Parlimen Tanah Merah umum keluar UMNO

by Air Times News Network

TANAH MERAH, 14 Dis –  Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah dan mengumumkan keluar parti.

Memetik laporan Sinar Harian Oline, Ikmal mengumumkan perkara itu di hadapan 800 penyokong dan pimpinan UMNO Tanah Merah dalam pertemuan ringkas di dewan UMNO Gual Ipoh di sini hari ini.

Beliau yang sebelum ini memegang pucuk pimpinan UMNO di Tanah Merah, dilihat begitu sebak ketika mengumumkan keputusan itu semasa berucap pada majlis berkenaan.

“Keputusan ini amat sukar, namun ia harus dilakukan demi untuk menyelamatkan bangsa Melayu dan Islam.

“Walaupun selepas ini saya akan dikecam namun saya sedia menerima semua ini demi kepentingan penduduk Tanah Merah,” katanya.

Sebelum ini, nama Ikmal merupakan antara yang disebut-sebut bakal menyertai Bersatu selepas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar UMNO September lepas.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?