Home SemasaGlobal Trump bakal disaman ahli Kongres

Trump bakal disaman ahli Kongres

by Noor Sheila Amin

WASHINGTON, 29 Sep – Mahkamah Persekutuan semalam, menolak permohonan untuk mengenepikan satu tuntutan mahkamah yang mendakwa Presiden Donald Trump melanggar Perlembagaan membabitkan peraturan anti rasuah.

Trump didakwa menerima pembayaran asing menerusi hotel dan cabang perniagaannya tanpa kebenaran Kongres.

Hakim Emmet Sullivan dalam penghakiman setebal 58 mukasurat berkata, penggubal undang-undang yang memfailkan tuntutan itu mempunyai hak perundangan untuk menyaman presiden kerana melanggar Perlembagaan Amerika Syarikat membabitkan fasal mengenai emolumen.

Fasal itu dengan jelas melarang mana-mana penjawat awam persekutuan daripada menerima hadiah atau faedah lain dari kerajaan asing tanpa persetujuan Kongres.

Related Articles

Leave a Reply