Home SemasaGlobal Tentera Thai perhebat usaha buru suspek kejadian serang hendap di Pattani

Tentera Thai perhebat usaha buru suspek kejadian serang hendap di Pattani

by Air Times News Network

PATTANI, 17 Sept –  Pihak tentera Thailand memperhebatkan usaha memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap di daerah Nongchik seminggu lepas yang mengorbankan dua anggota tentera.

Empat anggota tentera turut cedera dalam kejadian di Kampung Ban Tan, Mukim Ban Khao di daerah Nongchik pada 10 malam (waktu tempatan) ketika mereka sedang melakukan rondaan bermotosikal.

“Siasatan menunjukkan serangan hendap dilakukan oleh kumpulan diketuai Maulana Samoh. Terdapat juga kumpulan yang melarikan suspek dan kumpulan membawa masuk senjata untuk digunakan pada hari kejadian,” kata ketua tentera wilayah Pattani Mej Jen Jatuporn Kalampasut di sini.

Setakat ini, pihak tentera Thailand telah menahan lapan individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Menurut Jatuporn, kira-kira 1,000 anggota tentera dikerah ke beberapa lokasi di wilayah Pattani dan Songkla dalam usaha mengesan suspek dipercayai terlibat dalam insiden serangan terbabit. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply