Home SemasaGlobal Filipina tolak tawaran F-16

Filipina tolak tawaran F-16

by M.Daim

DAVAO CITY, 24 Ogos – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dilaporkan telah menolak tawaran jet pejuang F-16 dari Amerika Syarikat. Beliau menyifatkan perolehan jet pejuang tersebut tidak berpadanan dengan ancaman semasa di negara itu.

“Kita perlukan pesawat tempur untuk menentang ancaman insurgensi di dalam Filipina,” kata Duterte

Kenyataan beliau dipetik oleh media tempatan di Filipina selepas menerima surat jemputan dari Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

Selain daripada itu, Duterte masih lagi marah dengan kenyataan Presiden Amerika Syarikat sebelum ini, Obama yang dilihat memalukan Filipina. Pada ketika itu, Obama mengkritik kempen anti dadah yang diperkenalkan oleh Duterte.

Kritikan tersebut telah mengundang pertelingkahan diplomatik antara Washington dan Manila sehingga menyebabkan Duterte begitu lantang mengkritik Obama dengan kata-kata kesat. Tindakan Obama sekaligus menyebabkan Duterte mengubah haluan diplomasi Manila terhadap China serta dasar perolehan pertahanan negara itu.

‘Dimalukan’

Bagi Duterte, perolehan jet pejuang F-16 dari Washington adalah tidak perlu terutamanya selepas dimalukan oleh Obama.

“Kita tak perlukan F-16, tetapi mereka masih cuba mengambil hati kita selepas memalukan kita,” kata Duterte.

Dalam surat tersebut, Amerika Syarikat menyatakan sokongan Washingston terhadap Manila dalam program modenisasi ketenteraan negara kepulauan itu. Selain daripada itu, Duterte turut dijemput untuk berjumpa dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.

 

Related Articles

Leave a Reply