Home PolitikBarisan Nasional BN beri laluan kepada PAS PRK DUN Seri Setia

BN beri laluan kepada PAS PRK DUN Seri Setia

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 3 Ogos –  Barisan Nasional (BN) akan memberi laluan kepada PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, laluan ini adalah satu titik permulaan dan persefahaman antara kedua-dua parti sebagai suatu gerakan politik baharu, dalam Malaysia baharu.

“Laluan itu sebagai timbal balik yang sudah diberikan PAS dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

“Kita akan bersungguh-sungguh dalam membantu PAS di sana, saya sendiri akan turun membantu calon PAS yang dipertaruhkan,” katanya dalam sidang media di Pejabat UMNO Kota Raja, hari ini.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas wakil rakyatnya, Profesor Dr Shaharuddin Baharuddin meninggal dunia lewat petang semalam selepas menderita barah usus.

Ini PRK ketiga di Selangor selepas Sungai Kandis dan Balakong yang akan diadakan masing-masing esok dan 8 September nanti.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!