Katanya, alasan beliau meninggalkan UMNO disebabkan parti itu sudah lari daripada perjuangan asal dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi pemimpin berbanding mengambil berat hal rakyat.

“Selama beberapa dekad, sebahagian besar hidup saya dihabiskan untuk UMNO. Ini adalah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan kaum lain secara sangat seimbang, adil dan pemurah.

“Parti ini bukan saja memperjuangkan orang Melayu tetapi begitu prihatin terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama. Malangnya, sifat itu tiada lagi dalam UMNO,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.