Home Pertahanan dan Keselamatan 11 senjata api tiruan cuba diseludup, 2 ditahan

11 senjata api tiruan cuba diseludup, 2 ditahan

by M.Daim

Bukit Kayu Hitam, 11 Jun – Dua lelaki ditahan kerana cuba menyeludup masuk 11 senjata api tiruan bersama peralatannya di sekatan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di Kilometer 1.1, Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Thailand ke negara ini di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, dua suspek masing-masing berusia 25 dan 29 tahun itu menetap di Lunas, Kulim dan ditahan pada jam 11.30 malam.

Beliau berkata, kejadian itu disedari ketika pemeriksaan oleh anggota AKSEM Bukit Kayu Hitam apabila menahan kenderaan jenis Ford Ranger hitam yang dinaiki dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, anggota AKSEM menemui objek senjata api di bahagian tempat duduk belakang kusyen penumpang.

“Pemeriksaan lanjut menemui pistol eclipse (2), pistol tactical division (8), sniper amoeba armsFG HK LTD (1), gas ATM Top (75), unit super Dome 5.5m (4), unit bullet bearing (8), unit kelopak M4/16, unit bateri fire Fox Super Down 1300 MH (2),” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!