Kota Kinabalu, 24 April – Sabah terus memperingati wira perang Kor Tentera Australia dan New Zealand (ANZAC) pada Hari ANZAC supaya rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda di negeri ini dapat membangkitkan rasa kebersamaan.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata Hari ANZAC adalah penting buat Sabah untuk generasi masa kini bagi menghargai mereka yang telah berjuang untuk keamanan.
“Saya berharap generasi muda akan terus membangkitkan rasa persaudaraan, semangat tinggi dalam menentang kejahatan dan menjaga keamanan.
“Keamanan perlu diperjuangkan bersama. Seluruh dunia pada masa ini juga berwaspada bukan hanya untuk perdamaian dalam konflik, khususnya di Timur Tengah, tetapi juga mengenai keamanan dan keadaan iklim,” katanya.
Pairin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri upacara memperingati Hari ANZAC di Tugu Peringatan Perang Borneo Utara di sini hari ini…..