Home Pertahanan dan Keselamatan DSA 2018: RM 18.4b kontrak ditandatangani

DSA 2018: RM 18.4b kontrak ditandatangani

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Apr – Satu majlis menandatangani kontrak, MoU (Memorandum Persefahaman),  LoA (Surat Setuju Terima) dan Surat Niat (LoI) diadakan di Dewan Myspace 2, MITEC.

Majlis ini diadakan bersempena pameran DSA dan NATSEC Asia 2018 yang diadakan semenjak 19 April lalu.

Sebanyak 8 dokumen kontrak, 3 MoU, 6 Offset, 10 LoA dan 3 LoI berjumlah sebanyak RM 18.4 bilion telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia pada hari ke-3 pameran itu. Peruntukan yang besar yang disediakan oleh kerajaan Malaysia adalah isyarat bahawa kerajaan Malaysia komited dalam memastikan keselamatan dan kesiagaan pasukan keselamatan negara.

Selain daripada itu, ia turut melambangkan komitmen kerajaan Malaysia yang tidak akan berkompromi dalam isu menyentuh hal keselamatan dan kedaulatan negara.

Sebahagian besar nilai kontrak disumbangkan oleh 6 program secara offset dengan nilai sebanyak RM 14.4 bilion. Program offset merupakan pendekatan alternatif terbaik bagi membina kapasiti pertahanan negara. Melalui kaedah ini, Kementerian Pertahanan mampu untuk mendapatkan teknologi terkini dari beberapa buah negara ekonomi pertahanan terkemuka.

Disamping itu, pemindahan pengetahuan dan teknologi kepada industri tempatan dapat dilakukan dan ini sekaligus mengurangkan kebergantungan negara ini kepada negera pengeluar asal (Original Equipment Manufacturer – OEM).

Dua MoU dimeterai antara kerajaan Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)  adalah bertujuan untuk melahirkan pegawai tentera yang kompeten dan membuka peluang kepada peningkatan kerjaya. MoU ini akan memberikan faedah kepada 165 pegawai di UPNM dan seramai 45 pegawai kanan di Univesiti Kebangsaan Malaysia.

Majlis  bersama bagi menandatangani Kontrak/MoU hari ini adalah kesinambungan muafakat yang sekian lama terjalin di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri, selari dengan kejayaan perlaksanaan Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS).

 

Related Articles

Leave a Reply