Home Pertahanan dan Keselamatan DSA 2018: Penyertaan syarikat pertahanan tempatan bertambah berbanding DSA 2016

DSA 2018: Penyertaan syarikat pertahanan tempatan bertambah berbanding DSA 2016

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Apr – Pameran pertahanan Defence Services Asia (DSA) akan berlangsung selama 4 hari mulai esok.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor berkata, pameran tahun ini menyaksikan peningkatan penyertaan syarikat pempamer iaitu sebanyak 1,500 penyertaan.

Tan Sri Raja Mohamed Affandi melawat sekitar tapak pemeran

“Para pempamer turut berpuas hati dengan lokasi pameran” kata Panglima Angkatan Tentera dalam sidang media selepas meninjau kawasan pameran.

Pada masa yang sama, Tan Sri Raja Mohamed Affandi berpuas hati dengan peningkatan bilangan penyertaan syarikat pertahanan tempatan.

“Ini memenuhi matlamat DSA untuk memacu pencapaian syarikat pertahanan tempatan,” ujar beliau.

Pameran NATSEC Asia 2018 yang dianjurkan secara serentak dengan DSA 2018 merupakan pameran yang lebih fokus kepada keselamatan dalam negeri.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi turut sama meninjau tapak pameran

Sementara itu, Dato’ Seri Alwi bin Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berkata, pameran DSA kali ini adalah kali pertama melibatkan kerjasama secara langsung Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan Malaysia; selari dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jamin keselamatan pameran dan kawasan sekitarnya,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

 

Related Articles

Leave a Reply