Jelas beliau, pemberian kenaikan gaji tersebut bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) dengan tambahan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

“Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi KGT disamping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018,” katanya ketika berucap Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.