Home Semasa Pak Ya pertahan keaslian asam pedas Muar

Pak Ya pertahan keaslian asam pedas Muar

by Air Times News Network

MUAR, 4 Apr – Kecintaan terhadap masakan asam pedas Muar menyebabkan bekas anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Yahya Saipar, 69, terus mengekalkan keaslian masakan tradisional Melayu itu sehingga hari ini.

Yahya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Ya dalam kalangan penduduk di sekitar Pantai Leka, Parit Jawa berkata beliau terus mengekalkan ramuan asal kerana ingin memulihara identiti asal masakan yang popular di negeri Melaka dan Johor itu.

Pak Ya berkata beliau tidak pernah menambah mahupun mengurangkan ramuan asal masakan itu sejak mula berniaga 10 tahun yang lalu.

“Saya tidak pernah belajar memasak daripada sesiapa pun, resipi asam pedas Muar ini saya cipta sendiri,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata masakan asam pedasnya mendapat pengiktirafan sebagai asam pedas Johor tulen daripada Perbadanan Negeri Johor (makanan dan perkhidmatan restoran) malah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri pernah memberi pengiktirafan tersebut secara lisan ketika makan ke kedainya pada tahun 2004.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!