Home Pertahanan dan Keselamatan Gelombang Askar Wataniah Zon Tengah Bangkit Semangat Patriotisme

Gelombang Askar Wataniah Zon Tengah Bangkit Semangat Patriotisme

by M.Daim

Bagan Datuk, 31 Mac – Majlis Gelombang Askar Wataniah Zon Tengah telah berlangsung di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Bagan Datuk, Perak. Program yang berjalan selama 2 hari ini merupakan program ke-2 sepertinya untuk diadakan selepas pelancaran Zon Utara pada 27 Januari lalu di Jitra, Kedah.

Program yang diilhamkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, bermatlamat untuk membangkitkan semangat patriotisme dikalangan generasi muda, pelajar, Briged Sukarela Khidmat Negara melalui penyertaan Askar Wataniah.

Program yang dilaksanakan secara pemukiman ini turut menjadi platform untuk menarik minat golongan belia untuk menyertai Rejimen Askar Wataniah dan juga mengemaskini penyertaan anggota Rejimen Askar Wataniah.

Selain itu, program ini turut menggalakkan interaksi bersama pemimpin dan masyarakat untuk beramah mesra dengan warga Askar Wataniah dan masyarakat setempat oleh orang awam.

Majlis Gelombang Askar Wataniah Zon Tengah dirasmikan oleh Timbalan Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Johari Baharum; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Panglima Tentera Darat, Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah dan ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Program ini melibatkan seramai 4,000 orang yang terdiri daripada Rejimen 502 Askar Wataniah, Rejimen 503 Askar Wataniah, Rejimen 515 Askar Wataniah dan Rejimen Jurutera DiRaja Pakar.

Turut terlibat adalah Kadet PALAPES Zon Tengah dari UPSI, UM, UPM, UKM dan UiTM Shah Alam. Briged Sukarela Khidmat Negara (BSKN) dari Zon Tengah (Perak, Selangor, dan Kuala Lumpur).

Program ini juga turut menyaksikan penyertaan Anggota 2 Briged dan Kerajaan Negeri Perak.

Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk program selama 2 hari ini termasuklah Demonstrasi Kepakaran Tentera Darat, Persembahan Mini Tattoo oleh Pasukan Tempur Tanpa Senjata (TTS) 2  Briged dan Rejimen 515 Askar Wataniah, Persembahan Akrobatik oleh Army Red Warrior, Pertunjukan Payung Terjun dan Pameran.

 

 

Related Articles

Leave a Reply