Home SemasaGlobal Pakistan: Bendung akaun media sosial palsu yang mencemarkan nama pasukan tentera 

Pakistan: Bendung akaun media sosial palsu yang mencemarkan nama pasukan tentera 

by M.Daim

Islamabad, 16 Feb – Pihak tentera Pakistan telah menyerahkan senarai kira-kira lebih 250 akaun media sosial palsu yang menggunakan mana-mana badan perkhidmatan ketenteraan di negara itu. Senarai tersebut diserahkan kepada Agensi Penyiasatan Persekutuan Pakistan (FIA).

Menurut Pengarah Perhubungan Awam Antara Agensi Pakistan (ISPR), Mejar Jeneral Asif Gahfoor, yang dipetik oleh Pakistan Today, senarai tersebut diserahkan bagi tujuan penyiasatan dan menghalang penyalahgunaan nama pasukan tentera di mana-mana platform media sosial di Pakistan.

Pihak FIA pula berkerjasama dengan pihak suruhanjaya komunikasi Pakistan, Pakistan Telecommunication Authority untuk melaksanakan penyiasatan terhadap akaun-akaun media sosial di Twitter, Facebook, Instagram dan Youtube. Akaun-akaun media sosial yang digunakan oleh pengguna yang menyamar sebagai anggota tentera dan pasukan perkhidmatan Tentera Pakistan telah pun dikenalpasti.

 

Menurut pihak ISPR, tindakan ini diambil bagi menghalang penyalahgunaan nama pasukan tentera di negara itu oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Tindakan individu-individu yang tidak bertanggungjawab tersebut telah mencemarkan nama pasukan tentera Pakistan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan palsu dan berniat jahat di media sosial dengan niat penyamaran dan juga mencemar nama pasukan tentera negara Asia Selatan itu.

Pihak pemerintah tertinggi pasukan Tentera Pakistan memandang serius isu sebegini kerana boleh menjejaskan perkhidmatan pasukan tentera negara itu serta menimbulkan persepsi negatif terutamanya oleh individu-individu yang pada hakikatnya bukan dari kalangan anggota pasukan.

Related Articles

Leave a Reply