KUALA LUMPUR, 16 Mei – Daerah Tuaran di Sabah kini dikategorikan sebagai zom merah COVID-19 berikutan peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joachim Gunsalam memaklumkan, 26 kes baharu dilaporkan sepanjang minggu lalu, berbanding 18 kes pada minggu sebelumnya.
Beliau berkata, Tuaran satu-satunya daerah mencatatkan kes paling banyak ketika ini, menyebabkannya ia kembali diklasifikasikan zon merah dengan jumlah kes positif melebihi 40.
Menurutnya, analisis kes COVID-19 bagi minggu lalu mendapati hanya 3 daerah mencatatkan penurunan kes mingguan, iaitu Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.
Manakala, 16 daerah lain tidak mencatatkan sebarang kes, iaitu Putatan, Ranau, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sipitang, Tambunan, Tenom, Nabawan, Tongod, Semporna, Kalabakan, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.
“Daerah yang mencatatkan peningkatan jumlah kes minggu lalu berbanding minggu sebelumnya iaitu Tuaran, Sandakan, Kota Kinabalu, Kuala Penyu, Papar, Penampang, Beluran, Kota Belud, Beaufort, Keningau dan Kunak,
“Tiada kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di seluruh negeri minggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan,malam tadi.
Secara keseluruhan, katanya, jumlah kes baharu di seluruh Sabah minggu lalu meningkat sebanyak 68% kepada 64 kes berbanding 38 kes pada minggu sebelumnya, dengan semuanya kes tempatan.
Menurutnya, jumlah pesakit COVID-19 dalam rawatan turut meningkat sebanyak 6% kepada 166 kes minggu lalu berbanding 156 kes pada minggu sebelumnya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar terus mengamalkan langkah pencegahan terutamanya pemakaian pelitup muka di tempat orang ramai dan sesak susulan trend kes positif COVID-19 menunjukkan peningkatan. -airtimes.my