KUALA LUMPUR, 16 JAN – Sebuah syarikat tempatan telah berjaya memenuhi tempahan eksport sistem penyimpanan senjata pintar.
SWS INNTECH Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah berjaya menyerahkan “Penyimpanan Senjata Pintar” (Smart Weapon Storage, SWS) kepada pelanggan luar negara.
SWS merupakan produk 100 peratus buatan tempatan yang dibangunkan oleh syarikat itu.

Sistem storan SWS mampu untuk menampung 30 pucuk pistol pada satu-satu masa.
Pengarah eksekutif syarikat, Lew Yuan Huai telah mengesahkan bahawa syarikatnya telah berjaya menyelesaikan penghantaran sistem tersebut kepada pelanggannya di rantau ini.
“Pelanggan yang berkaitan telah mula menggunakan sistem tersebut. Ini sekaligus memberi suntikan dan galakkan kepada kami yang berjaya mendapatkan pesanan eksport, dan ianya adalah sejenis pengiktirafan keberkesanan produk,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa SWS telah diiktiraf oleh ramai pelanggan antarabangsa, termasuk Pasukan Polis Singapura (Singapore Police Force).

Automated Armoury System (AAS) yang digunakan oleh pihak Polis Singapura.
Difahamkan, sistem yang dieksport ke pasukan polis negara itu dinamakan “Sistem Pengeluaran Senjata Api Automatik”.
SWS menggunakan pengenalan RFID dan teknologi pengesahan dua faktor untuk membolehkan anggota polis mengambil dan memulangkan senjata api sendiri, sekaligus mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja balai polis.
Di bawah pengurusan pintar sistem ini, pengagihan serta penyimpanan senjata api akan diurus dan dipantau secara sistematik.

Pengarah eksekutif syarikat, Lew Yuan Huai.
“Penyelesaian yang kami reka untuk pelanggan kami dapat memenuhi kecekapan pengurusan pelanggan untuk pengedaran atau pengagihan senjata api,
“Menggunakan sistem ini bukan sahaja akan mengukuhkan keselamatan pengurusan senjata api, tetapi juga membolehkan pengguna mengambil senjata api dengan lebih cepat,” kata Lew.
Beliau menegaskan program ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengurusan senjata api, akauntabiliti, malah turut menyumbang dan menyokong penggunaan teknologi dalam bidang kepolisan.

Selain pistol, SWS juga mampu untuk menampung 10 laras raifal pada satu-satu masa.
“Penyelesaian kami memberikan pelanggan kami pasukan polis, dan tentera sejenis penyelesaian teknologi untuk menguruskan senjata api dan memberikan sumbangan kami kepada kemajuan teknologi bidang Pembela dan Pelindung kami. Sistem ini juga boleh digunakan untuk agensi keselamatan lain,” katanya.
Sistem storan SWS ini mampu untuk menyimpan 30 pucuk pistol atau 10 laras raifal pada satu-satu masa. Ia dilengkapi dengan sistem pengenalan biometrik yang menggunakan cap jari. Selain itu, sistem ini turut mempunyai opsyen penggunaan sistem imbasan wajah atau sistem kad pintar.
Ia turut mempunyai sistem pelaporan dan rekod elektronik.
Pada tahun lalu, pihak Perhubungan Awam SPF menyatakan pasukan polis di republik itu menggunakan sistem storan senjata pintar yang dikenali sebagai Automated Armoury System (AAS).
Menurutnya, AAS merupakan sistem storan pintar yang membolehkan anggota polis untuk mengeluarkan dan juga mengembalikan senjata mereka. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Keselamatan #Teknologi