Sasaran awal BN sebelum ini ialah 31 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen.

Perubahan sasaran itu dilakukan berdasarkan situasi semasa dan tinjauan terkini dilakukan pihaknya di kawasan berpotensi.”Sekarang untuk Parlimen, sasaran kita sembilan Parlimen kerana kita tambah satu lagi kerusi tumpuan iaitu Tumpat. Bagi DUN pula, sasaran kita menjadi 32 berbanding 31 kerusi sebelum ini kerana kita nampak DUN Kota Lama juga berpotensi.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed

“Kita dapat maklumat calon MCA yang akan diletakkan di situ diterima baik pengundi Cina dan Melayu.

“Jadi kita akan cari kaedah bagaimana mahu menawan kerusi-kerusi ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam PRU-13, BN memenangi lima kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN di negeri ini