GEMAS, 16 Nov – Seramai 14 orang pegawai dan 208 anggota daripada Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (17 RAMD Para) terlibat dalam Kem Kemahiran Senjata (KKS) bertempat di Lapang Sasar Kem Asahan Gemas bermula pada 7 hingga 11 November lalu.
Markas 17 RAMD Para menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, antara objektif yang digariskan dalam latihan KKS ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan dan kompetensi setiap anggota dalam mengendalikan serta memahami fungsi pelbagai jenis senjata di pasukan.
โDi samping itu, latihan menembak yang dilaksanakan melibatkan senjata persendirian seperti Pistol Glock 17, M4 Carbine, Shotgun, RPG-7 dan M203. Manakala senjata bantuan melibatkan seperti Minimi, MGKA, Mortar 60 mm dan Mortar 81 mm,
โAnggota turut diberi pendedahan terhadap penggunaan senjata anti kereta kebal iaitu M72, Carl Gustav 84mm dan cara pemasangan ๐๐ฏ๐ฆ ๐๐ฉ๐ฐ๐ฐ๐ต ๐๐ช๐ฏ๐จ๐ญ๐ฆ ๐๐ฉ๐ข๐ณ๐จ๐ฆ – ๐๐ญ๐ข๐บ๐ฎ๐ฐ๐ณ๐ฆ ๐๐ช๐ฏ๐ฆ dan membaling bom tangan HE,โ jelas hantaran itu.
Selain itu, anggota juga melakukan ๐ญ๐ช๐ท๐ฆ ๐ง๐ช๐ณ๐ช๐ฏ๐จ ๐ค๐ฐ๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฏ๐บ ๐ข๐ต๐ต๐ข๐ค๐ฌ di mana senjata GPMG memberi tembakan bantuan dan mereka didedahkan dengan situasi peperangan sebenar.
Tambah Markas 17 RAMD para, dengan latihan sebegini, anggota akan lebih kompeten dan yakin dalam mengendalikan senjata sejajar dengan Teras Pemerintahan Panglima 10 Briged Para Ke-20 iaitu Latihan Sentiasa Dekat di Hati Warga 10 Bgd (Para).
โLatihan ini juga selari dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28, iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan,โ ujar Markas 17 RAMD Para. -airtimes.my