SAINT PETERSBURG, 15 Jul – Belgium memperbaiki pencapaian mereka dalam Piala Dunia apabila menamatkan kempen di Rusia sebagai pasukan ketiga terbaik selepas menewaskan England dengan keputusan 2-0 sewaktu aksi perebutan tempat ketiga di Stadium Saint Petersburg, semalam.
Sebelum ini pencapaian terbaik Belgium adalah menamatkan aksi di tempat keempat sewaktu Piala Dunia 1986 di Mexico.
Dalam perlawanan tersebut dua gol Belgium dijaringkan oleh Thomas Meunier pada minit keempat dan Eden Hazard pada minit ke-82.
Bagi England pula ini adalah kali kedua mereka menamatkan kempen Piala Dunia di tempat keempat selepas aksi 1990 di Itali.Â

Penyerang Juventus itu meledak gol pada minit ke-109 untuk melengkapkan kebangkitan skuad Vatreni membolehkan Croatia, yang juga merupakan sebuah negara kecil dengan populasi penduduk sekitar 4 juta, melakar sejarah apabila mara ke final Piala Dunia buat julung kalinya.
Bagaimanapun kelebihan tersebut tidak bertahan lama apabila Ivan Perisic meletakkan Croatia kembali ke atas trek Piala Dunia dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-68, sebelum mengheret mereka ke masa tambahan buat kali ketiga dalam tempoh 10 hari.