Secara umunya, sebut sahaja PLKN atau lengkapnya dinamakan ‘Program Latihan Khidmat Negara’, tidak kira muda atau golongan berusia sudah pasti mengetahui dan seringkali mendengar mengenainya. Program Latihan yang telah mula digagaskan pada tahun 2002 di bawah anjuran agensi kerajaan persekutuan Malaysia ini, memulakan pelaksanaan program pada tahun 2004. Pelaksanaan tersebut menjadi faktor utama dalam pembentukan jati diri seseorang individu yang aktif dalam komuniti kemasyarakatan.
Menerusi program latihan yang menggabungkan elemen latihan ketenteraan ini, telah menjadi keutamaan bagi generasi muda, terutama golongan remaja yang masih memiliki daya ketahanan fizikal dan mental yang kuat.
Meskipun, skop latihan yang diterapkan dalam kursus yang kebiasaannya dijalankan selama tiga bulan ini mempunyai persamaan dengan latihan tentera, dari segi kerahan tenaga yang dipraktikkan adalah berbeza dengan pelaksanaan latihan yang dilaksanakan oleh beberapa negara lain.
Justeru, modul latihan yang dibangunkan berlandaskan acuan persekitaran dan pembentukan Malaysia yang sesuai dari aspek sosial, budaya dan ekonomi. Hal ini, kerajaan merangka dan menyediakan modul yang berpadanan mengikut tahap kemampuan golongan muda berusia seawal 17 hingga 35 tahun.
Berbekalkan jurulatih-jurulatih yang berpengetahuan serta berpengalaman, menjaminkan bahawa keseluruhan latihan yang dijalankan memberikan impak positif dan perubahan dalam diri para peserta, terutama bagi mereka yang segelintir pada awalnya tidak biasa dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar.
Tambahan pula, PLKN 3.0 yang bakal kembali dilaksanakan pada awal tahun hadapan dengan konsep dan format yang baharu, sebagai satu saluran untuk memupuk perpaduan yang majmuk, serta membentuk generasi baru yang bersemangat patriotisme.
“Program Latihan Khidmat Negara 3.0 yang bakal dilaksanakan secara berperingkat bulan depan direka untuk mengimbangi keperluan pertahanan dan perpaduan negara,” kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Daripada itu, PLKN 3.0 mampu menekankan pembangunan sikap disiplin, kepimpinan, dan kefahaman terhadap sejarah negara dalam diri setiap pelatih agar mempunyai semangat dan jiwa yang berkobar untuk pertahankan negara.
Dalam masa sama, menurut Menteri Pertahanan, PLKN 3.0 juga bagi menerapkan minat anak muda untuk menceburi bidang ketenteraan serta menyumbang kepada negara.
Oleh itu, kemanfaatan wujudnya program latihan ini, peserta-peserta berpeluang meningkatkan kecergasan dan stamina diri serta mental dan kemahiran insaniah. Inisiatif yang dibangunkan oleh PLKN ini sememangnya mempunyai kelebihan yang mustahil diperoleh dari mana-mana.
Selain itu, kepentingan penglibatan golongan remaja dan dewasa bagi membentuk pendiriian generasi kini dan akan datang yang kukuh, mampu berdaya saing secara positif, serta memiliki semangat yang kental.
Berikutan, modul aktiviti yang meliputi ceramah, diskusi dan keterlibatan dalam komuniti menyemai rasa keprihatinan, cinta, sayang dan tanggungjawab terhadap negara. Selain membentuk sikap diri yang lebih berdisiplin, program ini juga bertujuan mencorakkan sifat perpaduan dan kesedaran dalam diri.
Sehubungan itu, selain mengisi kekosongan masa dengan program berfaedah seperti ini, adalah bagi melatih dan meningkatkan daya tahan fizikal serta mental seseorang, di samping mematangkan pemikiran dengan penerapan nilai-nilai positif dalam diri.
Bagaimanapun, Program Latihan Khidmat negara (PLKN) dengan memiliki kem di seluruh negara ini, dapat mendedahkan peserta kepada kebudayan dari pelbagai kaum yang berlainan serta semangat perpaduan berbilang bangsa melalui kerjasama pasukan bahkan menjadi aset berharga yang memberi kepentingan besar buat negara.
Secara tidak langsung sebagai wadah dan inisiatif dalam melahirkan insan yang berjiwa kepimpinan serta berkemahiran yang mana sebagai tonggak utama, pemacu dalam pembangunan negara yang maju. -airtimes.my
#AirTimes #PLKN #PLKN3.0 #Pertahanan #Malaysia
