Home Pertahanan dan Keselamatan Rancangan perolehan MRCA akan dipercepatkan dalam RMK-13

Rancangan perolehan MRCA akan dipercepatkan dalam RMK-13

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 23 JAN – Kementerian Pertahanan sedang memberikan perhatian untuk mempercepatkan perolehan jet pejuang Multi Role Combat Aircraft (MRCA) akan dipercepatkan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).

Langkah ini diambil bagi sebagai alternatif sekiranya perolehan F/A-18 Hornet Kuwait berhadapan dengan keadaan yang tidak menentu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam penyataan lisan di Parlimen.

Beliau menjawab soalan yang diajukan oleh wakil rakyat Batu Pahat, Onn Abu Bakar yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan status terkini pelan pemodenan armada tempur TUDM termasuk perancangan jangka panjang penggantian pesawat pejuang sedia ada bila perolehan F/A-18 Hornet Kuwait berdepan ketidaktentuan.

Dalam penyataan jawapan lisan yang disiarkan di Parlimen, Khaled menyatakan pihak TUDM turut mengenal pasti rancangan alternatif bagi memastikan kesinambungan keupayaan pertahanan udara negara tidak terjejas.

Dalam hal ini, perolehan pesawat Hornet F/A-18C/D terpakai dari Kuwait pernah dirancang sebagai langkah interim, namun ia kini berdepan ketidaktentuan berikutan isu tempoh penyerahan dan kesiapsiagaan teknikal.

Sehubungan itu, Kementerian sedang menilai alternatif lain termasuk mempercepat penerimaan pesawat FA-50M serta merangka perancangan jangka panjang perolehan pesawat tempur generasi baharu bagi memastikan keupayaan pertahanan udara negara kekal berkesan dan berdaya saing.

Beliau menambah, pihak Kementerian Pertahanan sedang memberikan perhatian kepada beberapa pendekatan lain bagi menampung keupayaan dan keperluan TUDM dalam melaksanakan tugas mempertahankan kedaulatan ruang udara tanah air.

“Pendekatan yang sedang diberi perhatian termasuk mempercepatkan perancangan perolehan pesawat MRCA dalam RMK-13, serta memberi fokus kepada perolehan pesawat FLIT– LCA (Fighter Lead-In TrainerLight Combat Aircraft) Fasa 2,

“Pendekatan ini bertujuan memastikan keperluan operasi jangka sederhana dan jangka panjang TUDM dapat dipenuhi secara berperingkat dan terancang,” ujar Menteri Pertahanan.

Ketidaktentuan F/A-18 Hornet Kuwait

Perolehan F/A-18 Hornet dari Kuwait merupakan langkah interim yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Keupayaan 2055 (CAP55). CAP55 merupakan kerangka jangka panjang bagi menggantikan pesawat pejuang sedia ada.

Pada Disember lalu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Muhamad Norazlan Aris TUDM menyatakan perolehan F/A-18 Hornet dari Kuwait berhadapan dengan ketidaktentuan atas beberapa faktor. – airtimes.my

#Airtimes #pertahanan #TUDM #Malaysia

KATA KUNCI : Dato’ Seri Mohamed Khaled NordinMenteri PertahananPelan Pembangunan Keupayaan 2055 (CAP55)Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13)Tentera Udara Diraja Malaysia

Leave a Reply