Home Pertahanan dan Keselamatan Panglima Tentera Darat direhatkan, Panglima Tentera Laut pangku kepimpinan ATM

Panglima Tentera Darat direhatkan, Panglima Tentera Laut pangku kepimpinan ATM

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 27 DIS – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan direhatkan dari tugas berkuat kuasa serta-merta.

Perkara tersebut dinyatakan oleh  Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, Panglima Tentera Darat bercuti dari tugas sehingga selesai siasatan berhubung dakwaan tertentu yang dilaporkan melibatkan beliau. Keputusan dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus.

“Langkah pentadbiran ini diambil bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar tanpa sebarang konflik kepentingan,” kata Menteri Pertahanan.

Dalam kenyataan yang sama, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain memangku tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Khaled, peralihan tugas ini selaras dengan persaraan Panglima Angkatan Tentera ke-23, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berikutan beliau telah mencapai umur persaraan wajib.

“Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat, kepimpinan dan jasa Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar sepanjang menerajui Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta mendoakan kelancaran urusan persaraan beliau,” jelas kenyataan itu lagi. – airtimes.my

#AirTimes #ATM #MINDEFMalaysia

KATA KUNCI : Panglima Angkatan TenteraPanglima Tentera Darat (PTD)Panglima Tentera Laut

Leave a Reply